Friday, February 3, 2012

A post to our Muslim Women..

Salam.
this is just an overview done by me kayy...


HIJABISTA




Apa itu Hijabista?
menurut hasil kajian oleh 2 penyelidik berkaitan fenomena ini,golongan Hijabista menjustifikasikan ikutan fesyen barat sebagai sebahagian 'usaha' untuk mengetengahkan identiti Islam iaitu konsep berpakaian menutup aurat. 
- mereka menggelar diri sebagai hijabista,satu perumpamaan yang diadaptasi daripada perkataan 'fashoinista' yang dijolokkan kepada wanita2 barat yang menggayakan rekaan-rekaan kelas atasan atau haute couture.
- sangat taksub mengintegrasikan rekaan pereka-pereka terkemuka 


#'tudung tidak berfungsi menyembunyikan rambut tetapi menggantikan rambut', kesimpulan ini dibuat oleh penyelidik Ozlem Sandikci  dan Guliz Ger terhadap golongan ini.


Kenapa ia tidak lengkap dalam menutup aurat?
- keengganan golongan hijabista untuk berpakaian longgar dan labuh kerana bagi mereka kononnya pakaian sedemikian menampakkan mereka lebih tua,terlalu alim atau ketinggalan zaman. 
-Berpegang pada konsep "cukup syarat" iaitu
  • mereka masih mengganggap diri menutup aurat walaupun tudung tidak labuh menutupi dada sepenuhnya 
  • cara memilih pakaian moden yang mereka anggap menutup aurat, even pakaian itu senteng tetapi mereka katakan ia masih menutup aurat asalkan ia masih 'menutupi'. 
- namun pada hakikatnya,rata-rata pakaian yang digayakan agak sendat dan pendek,manakala tudung yang dikenakan pula jarang dan tidak menutupi dada.


Tidak mencerminkan identiti Islam?
- ia mewujudkan rasa ujub dan ingin menonjolkan diri dalam kalangan wanita Islam.
- golongan ini dikhuatiri cenderung kepada fesyen yang menyerupai orang kafir.
- even syarat-syarat utama menutup aurat mengikut syarii adalah dengan tidak meniru cara berpakaian orang kafir.
#'adalah amat pelik pakaian yang sepatutnya mencerminkan sifat malu menonjolkan nama pereka-pereka fesyen yang kebanyakannnya terkenal dengan seksualiti dan sifat tidak tahu malu' ; Asra Q. Nomani.


Mereka gemar membazir?
- berkemungkinan sudah menjadi satu habit kerana mereka terus membeli yang baru(bagi golongan hijabista,penting untuk setiap pakaian perlu digayakan dengan tudung,beg dan kasut bersesuain) kerana trend fesyen sentiasa berubah.
- golongan hijabista menegaskan biarlah alah membeli tetapi menang memakai..ini menunjukkan bahawa mereka ini terjerumus dalam perhambaan "menang memakai" ..


Oleh yang demikian,golongan hijabista bukan dikatakan model terbaik untuk mencerminkan keindahan sahsiah wanita Islam,apatah lagi menjadi nadi dakwah secara tauladan.


Be yourself doesnt mean that tak boleh mengekalkan aqidah dan syariah Islam dalam diri kan?
so,umat Islam perlu peka dengan arus modenisasi ini yang menekankan kehidupan sosial 'be open minded' dan fenomena sekularisme yang sedang menjalar hebat untuk merosakkan Islam itu sendiri..BTW,ini hanya an over review by myself daripada artikel 'Hijabista; Satu Identiti atau Ikutan' nukilan Puteri Shakira Jahn Kassim dalam Majalah Solusi. for more,boleh baca the whole article dalam majalah tu.. 
Siapa yang tergolong dalam golongan Hijabista ini? Figure it out yourself..bukan nak tunding jari tp pandai2 la menilai diri sendiri sma ada kita tergolong dengan mereka ini atau tidak..


That's all for now.. thanx for reviewing..


Salam.